Terminal Feri Kukup jadi tumpuan warga Indonesia pulang beraya

Iklan
Keadaan di Terminal Feri Antarabangsa Kukup sesak dengan penumpang yang hendak pulang beraya ke Tanjung Balai, Indonesia.

PONTIAN - Ribuan warga Indonesia yang mencari rezeki di Johor mula mudik atau pulang beraya di kampung halaman.

Tinjauan dilakukan di Terminal Feri Antarabangsa Kukup mendapati kebanyakan mereka sudah menunggu seawal jam 5 pagi untuk membeli tiket untuk pulang ke kampung.

Iklan
Iklan

Arbain Hasan, 53, yang bekerja sebagai pekerja ladang mengakui teruja untuk pulang berhari raya di kampung kerana sudah hampir setahun tidak pulang.

Kaunter tiket feri masih dibuka bagi membolehkan warga Indonesia pulang berhari raya di kampung halaman.

Dia yang berasal dari Tanjung Balai, Indonesia berkata, biskut dan baju raya menjadi buah tangan dibawa untuk dikongsi bersama keluarga.

Iklan

"Ada ole-ole saya bawa dari Malaysia untuk keluarga di Tanjung Balai. Memang seronok dapat pulang beraya lebih awal pada tahun ini," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Bagi, Idah Mat, 46, yang sudah mendirikan rumah tangga dan menetap di Malaysia, ini kali pertama dia pulang Tanjung Balai menggunakan feri di Kukup.

Warga Indonesia yang hendak menaiki feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Iklan

Katanya, dia bersama suami, Ibrahim Mohamad, 47, bersama dua orang anak bertolak dari rumah di Klang, Selangor pada jam 12 tengah malam dan tiba di Kukup pada jam 6 pagi, Ahad.

"Kali terakhir pulang empat tahun lepas sebelum pandemik Covid-19. Masa perjalanan feri dari Kukup ke Tanjung Balai cuma sejam berbanding feri di Klang, lima jam.

"Saya bawa biskut, kerepek dan baju raya sedondon warna ungu untuk keluarga di kampung halaman. Anak -anak paling teruja dapat bertemu keluarga di Tanjung Balai," katanya.

Azwan berbual dengan warga Indonesia yang pulang ke kampung halaman dengan menaiki feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup.

Sementara itu, Penolong Pengurus Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Azwan Amin berkata seramai 7,000 orang akan menggunakan pengangkutan feri untuk pulang ke kampung halaman di Tanjung Balai dan Selat Panjang, Indonesia.

"Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) yang mengendalikan Terminal Feri Antarabangsa Kukup bersedia menampung bilangan penumpang yang ramai sejak Jumaat dengan menyediakan khemah sebagai ruang tambahan kepada tempat menunggu yang sedia ada.

Idah (tengah) bersama suami dan anak-anak pulang menaiki feri untuk beraya di Tanjung Balai, Indonesia.

"Setiap hari sebanyak tujuh slot perjalanan ulang alik feri antara Tanjung Balai ke Kukup beroperasi. Waktu perjalanan feri bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

"Harga tiket bagi perjalanan dua hala ke Tanjung Balai RM175 manakala Selat Panjang, RM200," katanya.

Penumpang feri di Kukup tidak sabar untuk pulang beraya.

Menurut Azwan, kebanyakan penumpang sudah membeli tiket feri sejak awal Ramadan dan sudah merancang perjalanan lebih awal terutama bagi mereka yang tinggal di luar daerah Pontian terutama di Johor Bahru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!