Lemang Pak Ali

Iklan
Lemang Pak Ali yang sering mendapat permintaan menjelang sambutan Aidilfitri dibakar di gerai lemang Pak Ali di Hulu Kelang hari ini.

Lemang Pak Ali yang mendapat jolokan 'Lord of the Lemang', sentiasa menjadi pilihan kerana keenakan dan kelembutan pulut dengan adunan bahan asli yang dibakar dalam buluh menggunakan kayu getah.

Harga lemang Pak Ali bermula dari RM18 sehingga RM28 mengikut saiz buluh lemang.