Kaunter PPZ-MAIWP dibuka hingga hari terakhir Ramadan

Iklan
Info grafik mengenai waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan.

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dibuka hingga hari terakhir Ramadan bagi memberi ruang dan kesempatan kepada umat Islam menunaikan zakat.

PPZ-MAIWP dalam kenyataannya memberitahu, waktu operasi kaunter pada Isnin ini bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang manakala pada Selasa pula, kaunter beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.

Iklan
Iklan

"Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke kaunter, bayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan zakat fitrah iaitu di fitrah.zakat.com.my dan zakat harta pula melalui www.zakat.com.my," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, selain portal PPZ-MAIWP, pembayar juga boleh menunaikan zakat secara dalam talian melalui perbankan internet atau aplikasi seperti Shopee, Raiz, GoPayz, MyeG dan sebagainya.

Iklan

Tambah kenyataan itu, kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka semula pada 12 April 2024 seperti biasa dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Dalam pada itu, katanya, PPZ-MAIWP ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembayar zakat PPZ-MAIWP.

Iklan

"Dalam kita gembira menyambut Aidilfitri, jangan dilupakan mereka yang kurang berkemampuan.

"Terima kasih diucapkan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan atas bayaran zakat yang konsisten demi pembangunan asnaf," jelas kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!