8 masih hilang selepas bot dan kapal bertembung di Selatan China

Iklan
Lapan orang masih hilang selepas bot menangkap ikan mereka bertembung dengan sebuah kapal kontena berdaftar di Panama di barat daya perairan Wilayah Selatan China, Hainan pada Rabu yang mengakibatkan bot itu tenggelam.

SANYA (China) - Lapan orang masih hilang selepas bot menangkap ikan mereka bertembung dengan sebuah kapal kontena berdaftar di Panama di barat daya perairan Wilayah Selatan China, Hainan pada Rabu yang mengakibatkan bot itu tenggelam, menurut pusat mencari dan menyelamat wilayah itu pada Ahad.

Lokasi bot yang tenggelam itu dikenal pasti pada Sabtu menerusi usaha mencari dan menyelamat dibantu teknologi canggih seperti robot di bawah air dan kapal selam kawalan jauh, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, arus deras di lokasi dan pukat menangkap ikan di sekeliling bot itu menghalang penyelam daripada memasuki kabin.

Setakat jam 5 petang Sabtu, bot penyelamat, pesawat dan anggota penyelamat telah dihantar untuk mencari mereka yang hilang di kawasan melebihi 5,700 batu nautika persegi.

Iklan

Bot menangkap ikan"Yuenan Aoyu 36062" bertembung dengan kapal kontena Panama itu"SITC DANANG" di 22 batu nautika barat daya Pekan Yinggehai di Daerah Ledong kira-kira tengah malam Rabu. - Bernama- Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan