PDRM nafi individu jadi sasaran ejen Israel dalam tahanan polis

Iklan
Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan individu yang menjadi sasaran lelaki ejen Israel ditahan baru-baru ini berada dalam tahanan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, PDRM tidak mengesahkan laporan seumpama itu.

Terdahulu, sebuah agensi media mendakwa sasaran ejen Israel yang masuk ke Malaysia, Eran Haya berada dalam tahanan polis.

Iklan

Laporan berita itu dibuat berdasarkan kenyataan daripada pihak sumber.

Ejen Israel, Shalom Avitan, 38, sebelum ini ditahan PDRM dilaporkan menyatakan berada di Malaysia kerana merancang membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, Eran Haya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28