Empat kereta di parkir pangsapuri musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan empat buah kenderaan di Pangsapuri Mutiara Idaman pada Ahad.

GEORGE TOWN - Empat kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir Pangsapuri Mutiara Idaman di Jelutong, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.50 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba kereta Perodua Kancil, Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga yang berada di parkir terbakar 70 peratus.

"Kebakaran berjaya dikawal 4.02 petang dan api dipadamkan sepenuhnya 14 minit kemudian," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Jurucakap berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pasukan forensik kebakaran termasuk mengenal pasti punca kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan