Logo kasut: Johor rampas sejumlah pasang kasut

Iklan
Mohd Fared menunjukkan logo kasut didakwa mirip kalimah ALLAH. Foto Facebook Mohd Fared

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor bertindak tegas dan tidak akan berkompromi terhadap isu logo kasut sebuah syarikat yang didakwa mirip kalimah ALLAH.

Exco Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, arahan telah dikeluarkan agar pemantauan dan semakan dibuat di pusat-pusat beli-belah di Johor ke atas penjualan kasut tersebut.

Iklan
Iklan
Pemantauan yang dilakukan di sebuah premis kasut yang mempunyai logo kasut didakwa mirip kalimah ALLAH. Foto Facebook Mohd Fared

"Pemantauan telah pun dijalankan pada petang ini yang disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.

"Dalam pemantauan tersebut sejumlah pasang kasut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu Mohd Fared meminta rakyat Johor bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung isu yang tular itu.

Pemantauan yang dilakukan di sebuah premis kasut yang mempunyai logo kasut didakwa mirip kalimah ALLAH. Foto Facebook Mohd Fared

"Kerajaan Johor kekal bertegas dari aspek pemantauan yang berterusan dan tidak akan berkompromi sekiranya ia melibatkan persendaan dan penghinaan ke atas kalimah ALLAH dan kemuliaan agama Islam," ujarnya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28