Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa Timur Taiwan

Iklan
Satu gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda perairan Daerah Hualien di Timur Taiwan. Gambar hiasan

TAIPEI - Satu gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda perairan Daerah Hualien di Timur Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) seperti dilaporkan Central News Agency (CNA).

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Iklan
Iklan

Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien dan Yilan yang berukuran 4 pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.

Ia juga amat dirasai di Taipei dan New Taipei.

Iklan

Secara keseluruhan data CWA menunjukkan pada Ahad pukul 7.22 malam, berlaku 710 gegar penghujung sejak 3 April, lapor CNA. - Berna-CNA

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan