‘Raya atau tak, sama sahaja’

Iklan
Suasana hari raya dianggap biasa sahaja buat Hamidon memandangkan dia belum berkahwin.. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dirasakan tiada apa yang menarik menyebabkan seorang bekas pengawal keselamatan berfikir banyak kali untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikannya.

Dia yang ingin dikenali sebagai Hamidon, 66, berkata, tujuan asalnya berhijrah ke ibu kota enam bulan lalu kerana mahu mencari pekerjaan baharu, namun kini terpaksa tinggal di bawah jambatan dan berpelesiran di kaki lima akibat kehabisan wang.

Iklan
Iklan

"Tahun lepas saya beraya dengan ahli keluarga di Ipoh, Perak. Saya tak kahwin dan tak ada anak.

"Sudah terbiasa tak balik beraya disebabkan bekerja dulu, jadi raya atau tak raya sama sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di hentian bas di sini.

Iklan

Ditanya mengenai sumbangan makanan yang diterima sepanjang tinggal di kawasan berkenaan, Hamidon mengakui bantuan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) terlalu banyak sehinggakan tidak termakan.

Ujarnya, dia juga tidak runsing sekiranya rindu menjamah hidangan hari raya seperti lemang, rendang atau ketupat kerana makanan sebegitu mudah didapati melalui sumbangan NGO.

Iklan

"Alhamdulillah puasa okey, bantuan makanan pun tak ada masalah sebab terlalu banyak NGO yang beri makanan sampaikan waktu raya pun Imam Masjid Negara turun padang melawat gelandangan.

"Bab makan mewah tapi bab kerja pula yang bermasalah kerana susah dapat kerja dan kos hidup tinggi.

"Sekarang, saya tak dapat hubungi ahli keluarga sebab telefon bimbit rosak dan tak ingat nombor telefon, risau mereka cari atau belum tahu keadaan saya,” ujarnya lagi.