Sebarkan mesej perdamaian menerusi #MZB365

Iklan
#MZB365 merupakan gerakan bersama media tempatan yang dipelopori gabungan NGO dan Pertubuhan Masyarakat Sivil.

SHAH ALAM - Retorik perkauman dan agama yang tidak berkesudahan boleh mengganggu gugat keamanan masyarakat hidup berbilang kaum seperti di Malaysia.

Pengurus Kanan, Advokasi dan Program Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari berkata, masyarakat perlu menyedari bahawa mengekalkan ketenteraman itu tidak mudah dan rapuh.

Iklan
Iklan
Aira Azhari

"Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjaga ketenangan ini, jika tidak, kita mungkin akan hidup dengan penyesalan.

"IDEAS akan menggunakan #MZB365 dalam menyampaikan ucapan hari raya untuk menyebarkan mesej perdamaian dan pengampunan,” katanya pada Ahad.

Iklan

#MZB365 merupakan gerakan bersama media tempatan yang dipelopori gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

Mengulas lanjut, Aira berkata, IDEAS merupakan institut penyelidikan tidak berasakan keuntungan yang mempromosikan penyelesaian kepada cabaran dasar awam dan memfokuskan pada tiga misi menyeluruh.

Iklan

"Tiga misi tersebut ialah memajukan ekonomi kompetitif, memastikan kepercayaan terhadap institusi dan mempromosikan Malaysia yang inklusif.

"IDEAS ialah badan pemikir bebas pertama di Malaysia iaitu bebas daripada kepentingan peribadi dan pengaruh partisan,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28