Kecoh apabila Ustaz Don berselawat, berduet dengan Siti Nurhaliza

Iklan
Ustaz Don (kiri) melagukan selawat dengan menggunakan lagu Cindai berduet dengan Siti Nurhaliza untuk satu program TV.

KECOH apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet dengan pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal baru-baru ini.

Menerusi video tular itu, Ustaz Don melagukan selawat dengan menggunakan lagu Cindai berduet dengan Siti Nurhaliza untuk satu program TV.

Iklan
Iklan

Biasalah, apa sahaja dilakukan Siti Nurhaliza, pasti menjadi tumpuan ramai, apatah lagi bergandingan dengan seorang pendakwah terkenal dalam kalangan anak-anak muda.

Tapi tak seronoknya apabila ada segelintir yang tidak berpuas hati dan menjadikan perkara itu sebagai isu sehingga melemparkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua figura ini.

Iklan

Merak Jalanan bukanlah orang yang layak untuk mengulas tentang hukum hakam, apatah lagi menilai keperibadian Siti Nurhaliza dan Ustaz Don. Namun Merak Jalanan terpanggil untuk memetik kata seorang rakan yang juga tinggi ilmunya.

Kata rakan Merak Jalanan ini, berbahaslah dengan pandangan yang berilmiah, bukannya terus menghina, mencaci atau paling teruk, terus menghukum. Apatah lagi terus melabel dayus, bodoh dan sebagainya.

Iklan

Merak Jalanan juga tidak setuju dengan komen cacian dilemparkan terhadap isu ini, seolah-olah ditulis oleh orang yang penuh ilmu di dada. Bagi Merak Jalanan, sangatlah tidak adil melemparkan kata kurang baik terhadap seorang ustaz.

Merak Jalanan teringat ulasan seorang Mufti dalam satu portal.

"Jadi, sekarang saya rasa tak berbangkitlah (bukan isu) kalau selawat ini dia tidak pergi sehingga meleka-lekakan,” katanya.

Apabila seorang mufti telah berkata begitu, adakah kita mahu terus mempertikaikannya?