Tiga dekad sambut raya bawah jambatan
Iklan
DI sebalik kehidupan serba mewah dan baik di ibu kota Kuala Lumpur, terselit kisah pilu yang dikongsikan sendiri oleh gelandangan.
Dengan niat mahu menyantuni golongan tersebut dan bertanyakan suasana raya dalam cara tersendiri tatkala sebahagian besar daripada dua juta warga kota pulang ke kampung halaman, tidak sangka perkongsian komuniti gelandangan yang berbaki di ibu kota itu sangat menginsafkan.
Paling mengejutkan adalah kisah seorang tua dengan masalah tulang belakang yang mengakui sudah 30 tahun tinggal di bawah jambatan, malah beraya di kawasan sama lebih daripada tiga dekad.