Undi bukan Melayu kekal deposit tetap DAP jadi persoalan
Iklan
SHAH ALAM - Meskipun DAP semakin dominan meraih sokongan pengundi bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), seorang penganalisis politik mempersoalkan sama ada undi segmen itu masih kekal dianggap deposit tetap parti tersebut menjelang PRU akan datang.
Felo Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, persoalan itu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat bukan Melayu ketika ini, sekali pun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberi jaminan parti itu tidak pernah memandang enteng suara tuntutan mereka.