Rumah kecil 'syurga' besarkan anak selepas ditinggalkan suami

Iklan
Nor Atikah bersama anaknya terpaksa menyewa rumah kecil di Kampung Sungai Serdang untuk meneruskan kehidupan.

KLANG - Walaupun sempit ibarat sebuah stor tetapi itulah ‘syurga’ buat ibu tunggal, Nor Atikah Ahmad, 30, dan keluarga selepas dia ditinggalkan suami yang menjalani hukuman penjara.

Walaupun ruang rumah sewanya itu agak sempit seumpama sebuah stor penyimpanan yang dijadikan ruang tamu, bilik tidur dan dapur, namun ia sudah cukup membahagiakan keluarga ini.

Iklan
Iklan

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia berpisah dengan suaminya sewaktu tempoh berpantang selepas melahirkan anaknya, Mohd Iqbal Abdullah pada Jun 2022.

Keadaan semakin menghimpit apabila ibunya, Saerah Che Lah, 58, pula mengalami kecederaan di mata akibat terkena getah ketika menoreh di kampungnya di Pekan, Pahang.

Iklan

"Bapa saya pula meninggal dunia akibat sakit tua pada April tahun lalu.

Ujar Nor Atikah, dia hanya bergantung dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan sebagai pembantu kedai makan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga di kampung tersebut.

Iklan

Jelas wanita itu, pendapatan diperoleh digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM350 sebulan bagaimanapun hidupnya bertambah sukar apabila tidak bekerja sepanjang Ramadan kerana kedai ditutup.

"Sepanjang Ramadan ini saya hanya membantu pemilik rumah sewa (Fatimah Yatim, 63) menjual serai, upahnya tidak banyak tetapi cukuplah untuk buat belanja secara ala kadar,” ceritanya.

Nor Atikah berkata, dia mengakui hatinya terusik menjelang Ramadan dan Syawal kerana tiada siapa yang datang untuk membantu.

Tambahnya, Syawal tahun ini tiada beza dengan tahun sudah kerana mereka sekeluarga menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa dan tidak mampu membeli pakaian baharu atau membuat persiapan lain.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28