16 tahun KSK santuni komuniti gelandangan
Iklan
KUALA LUMPUR - Beroperasi lebih dari 16 tahun sejak 2008, nama Persatuan Kechara Soup Kitchen (KSK) sudah tidak asing lagi untuk diperkenalkan.
Bermula dengan memberikan bantuan kepada gelandangan dan sumbangan bank makanan kepada keluarga miskin, kini persatuan terbabit terus aktif menyantuni komuniti tersebut di ibu kota serta bandar-bandar lain di Malaysia.