‘Paling rindu lemang, rendang daging arwah mak’
Iklan
Wartawan sempat menyantuni gelandangan bernama Shafrina yang bakal memasuki tahun ketiga beraya di bawah jambatan. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
KUALA LUMPUR - Memasuki tahun ketiga beraya di bawah jambatan, seorang bekas pengawal keselamatan mengakui rindukan juadah hari raya hasil air tangan arwah ibu tercinta, lebih-lebih lagi lemang dan rendang daging.
Shafrina, 38, berkata, sambutan hari raya kali ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya kerana tidak ada ahli keluarga dan sahabat handai yang datang menjenguk atau mencari untuk bertanya khabar.