Jadi warganegara bertanggungjawab, hayati semangat #MZB365

Iklan
Elemen penting untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab ialah keupayaan individu untuk meminta dan menerima maaf Gambar hiasan 123RF.

SHAH ALAM - Elemen penting untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab ialah keupayaan individu untuk meminta dan menerima maaf.

Naib Presiden Gerakan Belia Se-punjabi Malaysia (GBSM), Harmit Singh berkata, budaya memaafkan penting untuk merungkai perbezaan dan meraikan masyarakat di negara ini yang mempunyai pelbagai identiti.

Iklan
Iklan

"Kita perlu menghayati semangat ‘Maaf Zahir Batin 365’ untuk memastikan kita menerima kepelbagaian ini dan membenarkan mereka yang berbeza daripada kita.

"Masyarakat yang tidak dapat mengekalkan kepelbagaian tersebut akan terjerumus ke dalam konflik. Pengampunan pula penting untuk merungkaikan perbezaan kerana ia memberi peluang untuk melihat isu melalui lensa lain.

Iklan

"Kita juga memerlukan keberanian untuk menerima bahawa sesuatu perbuatan berkenaan salah dan menerima tindakan yang lemah iaitu meminta ampun dengan tulus,” katanya dalam reaksi kempen #MZB365 pada Ahad.

Mengulas lanjut, Harmit berkata, prinsip pengampunan dan perdamaian untuk hidup bersama jiran diperlukan oleh kedua-dua pihak.

Iklan

"Yang penting, kedua-duanya mesti meminta dan menerima pengampunan sebagai sama rata. Jika tidak, dinamik kuasa yang tidak adil akan berlaku.

"Oleh itu, GBSM ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan semoga musim raya ini merapatkan kita semua melalui #MZB365,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28