PBAPP sediakan 13 lori tangki air

Iklan
PBAPP akan menggerakkan kumpulan 13 lori tangki air sebagai langkah siap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air tidak berjadual ketika musim Hari Raya Aidilfitri.

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menggerakkan kumpulan 13 lori tangki air sebagai langkah siap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air tidak berjadual ketika musim Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Pathmanathan berkata, kumpulan lori tangki turut melibatkan tiga lori tangki Jumbo yang berkapasiti maksimum 40,000 liter setiap satu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua lori tangki terbabit bersedia untuk berkhidmat di beberapa kawasan kejiranan di Seberang Perai Selatan (SPS) serta beberapa kejiranan kawasan tanah tinggi dan hujung paip agihan (EoL) di Relau dan Bukit Belah, Daerah Barat Daya (DBD).

"Rasional utama"Pelan Kontingensi Air Hari Raya Aidilfitri 2024” PBAPP adalah jangkaan penggunaan air yang tinggi sebelum dan semasa musim perayaan yang panas dan kering.

Iklan

"Pada Februari 2024, PBAPP merekodkan purata angka penggunaan air yang tinggi iaitu 927 juta liter sehari (JLH) di Pulau Pinang,"katanya menerusi kenyataan di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Pathmanathan berkata, PBAPP menjangkakan penggunaan air ketika tempoh balik kampung dan perayaan Hari Raya Aidilfitri, dari 7 April hingga 14 April mungkin bersamaan atau melebihi 927 JLH.

Iklan

Oleh itu, katanya, PBAPP akan menggerakkan kumpulan lori tangki air sebagai langkah pencegahan dan mitigasi, bersama-sama 47 tangki air statik (kapasiti maksimum: 2,000 liter) bagi tempoh berkenaan.

Tambahnya, sekiranya perlu penghantaran akan diperluaskan dengan lebih banyak lori tangki atau dilanjutkan dalam tempoh yang lebih lama untuk menangani permintaan air.

"Hampir semua negeri lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Johor dan Selangor, juga melaksanakan pelan kontingensi air perayaan yang sama berikutan keadaan cuaca dan senario bekalan air semasa.

"Seboleh-bolehnya, PBAPP mahu mengelakkan gangguan bekalan air. Sehubungan itu, kita juga ingin memohon kerjasama daripada pengguna-pengguna air untuk menggunakan air dengan berhemat ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!