Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan

Iklan
Hampir 1 juta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

KOTA BHARU - Hampir 1 juta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Nazili Kadir berkata, situasi itu dapat dilihat menerusi tiga laluan masuk utama ke negeri ini iaitu dari Gua Musang, Terengganu ke Pasir Puteh dan Perak ke Jeli.

Iklan
Iklan

"Jika dilihat keadaan trafik, laluan masuk dari Gua Musang paling sesak sejak Jumaat lalu sebagaimana trend biasa setiap tahun.

"Berdasarkan keadaan trafik semasa, kita jangkakan hampir 1 juta kenderaan sudah masuk Kelantan sejak Jumaat lalu,” katanya ketika meninjau laluan trafik di Jalan Kuala Krai pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ sudah mengesan terdapat 15 lokasi panas di Kelantan yang sering terdedah dengan kemalangan melibatkan laluan di kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Menurutnya, seramai 150 anggota JPJ ditempatkan di beberapa lokasi untuk memantau aliran trafik.

Iklan

Tambahnya, kenderaan berat diingatkan supaya tidak berada di jalan raya bermula hari ini sehingga esok dan pada 12 hingga 13 April.

"Kita akan memantau sekiranya terdapat pergerakan kenderaan berat pada tarikh berkenaan dan sekiranya ada yang masih berdegil, tindakan akan diambil," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!