Keazaman Hafiz Kamal

Iklan
Foto: PKNP FC

TONGGAK tengah PKNP, Mohd Hafiz Kamal berazam berusaha kembali semula ke prestasi terbaik beliau sebelum ini setelah berehat selepas kembali pulih dari belenggu kecederaan.

"Saya kena kerja lebih keras lagi bagi kembalikan semula prestasi tahap permainan saya seperti dulu kerana sudah lama tidak beraksi hampir setahun

Iklan
Iklan

"Bagi persahabatan pramusim baru-baru ini pula saya tidak berdepan masalah membentuk keserasian dalam kalangan permain lama.

"Semua tahu kebanyakan pemain PKNP pemain muda, jadi saya harap pengalaman saya dapat membantu PKNP raih satu kejuaraan dalam mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim ini," kata anak jati Pantai Remis menyertai Perak sejak 2017 selepas beraksi semusim bersama Selangor ketika dihubungi baru-baru ini.

Iklan

Pakar set piece berusia 31 tahun berkenaan sebelum ini terpaksa berehat setahun sejak September 2017 selepas mengalami kecederaan lutut kiri semasa sesi latihan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Pahang pada ketika itu.

Ketika ditanya impian beliau untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan bekas pemain The Bos Gaurus itu berkata, menjadi impian besar semua pemain di negara ini.

Iklan

"Impian untuk menyarung jersi Harimau Malaya itu memang ada, menjadi idaman serta kebanggaan semua pemain bola sepak untuk menyarung jersi negara mereka di peringkat antarabangsa.

"Saya harap kemasukan ke PKNP akan menjadi platform terbaik kepada saya merebut semula tempat dalam skuad Harimau Malaya, cumanya pada masa ini saya perlu bekerja lebih keras kembalikan tahap permainan setelah setahun tidak beraksi," katanya.