PPZ-MAIWP kutip RM280 juta zakat hingga 5 April

Iklan
Pengarah Eksekutif Habib Grup, Datuk Sri Meer Sadik Habib Mohamed (tig kanan) menyerahkan sumbangan kepada Sabirin.

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip sebanyak RM280 juta zakat sehingga 5 April.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, dengan jumlah kutipan semasa itu, beliau optimis PPZ- MAIWP dapat untuk mencapai sasaran kutipan melebihi RM1 bilion pada akhir tahun ini.

Iklan
Iklan
Mohd Na'im meluangkan masa berbual dengan keluarga penerima di Padang Balang.

Namun ujar beliau, angka sasaran itu bukanlah menjadi satu kebanggaan kepada pusat pungutan zakat tersebut sebaliknya jumlah yang diagihkan kepada penerima.

"Contohnya bantuan pendidikan kepada generasi kedua penerima, dengan bantuan generasi ini diharap mendapat pendidikan yang baik sekali gus dapat untuk mengubah kehidupan keluarga mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Ziarah Ramadan 2024 Kilauan Syawal Habib selepas berakhir lawatan di Sungai Penchala dan di Padang Balang pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman serta Pengarah Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Sadik Habib Mohamed.

Iklan
Mohd Na'im (kanan) bersama lima beradik yatim piatu ketika melawat keluarga itu di Sungai Penchala.

Pada program tersebut PPZ-MAIWP menyerahkan dua buah rumah asnaf yang dibaik pulih kepada dua keluarga.

Keluarga terbabit ialah Nur Amalina Azman, 29, sebagai penjaga kepada empat adiknya selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia di Sungai Penchala dan kepada bapa enam anak, Mohd Sabirin Me Yusof, 43, di Padang Balang.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Habib yang menyalurkan peruntukan sebanyak RM40,000 dana wakalah daripada Yayasan Habib.

Dr Mohd Na’im Mokhtar menambah, ia juga bertujuan untuk memberi keselesaan kepada mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Malah ujarnya, ia bertepatan dengan matlamat Program Ziarah Ramadan siri ke tiga itu iaitu berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan.

Selain itu jelasnya, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pembayar zakat dan asnaf.

"Proses baik pulih antaranya melibatkan penggantian bumbung bocor, siling rosak, tingkap kaca, pintu, pendawaian elektrik, pembersihan rumah dan sebagainya.

"Kedua-dua rumah ini juga turut disediakan dengan kelengkapan rumah baharu seperti perabot, barangan dapur, peti ais dan mesin basuh," katanya.

Tambahnya, PPZ-MAIWP menyambut baik kerjasama syarikat-syarikat korporat dalam melaksanakan program turun padang bagi menyantuni golongan memerlukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!