Australia lantik penasihat khas, pantau kematian petugas bantuan kemanusiaan

Iklan
Australia mengumumkan pada Isnin pelantikan seorang penasihat khas untuk memantau siasatan Israel terhadap serangan udara di Semenanjung Gaza minggu lepas yang mengorbankan tujuh petugas bantuan kemanusiaan. Foto AFP

SYDNEY - Australia mengumumkan pada Isnin pelantikan seorang penasihat khas untuk memantau siasatan Israel terhadap serangan udara di Semenanjung Gaza minggu lepas yang mengorbankan tujuh petugas bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mark Binskin yang pernah berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera Australia akan melakukan libat urus dengan Israel dan tentera Israel mengenai respons kepada serangan yang membunuh Zomi (Frankcom) dan rakan sekerjanya,” kata Menteri Luar Australia, Penny Wong dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Australia telah menjelaskan bahawa kami mengharapkan kebertanggungjawapan sepenuhnya di atas kematian ini,” kata Penny.

"Pelantikan Binskin akan memastikan keluarga Zomi Frankcom dan rakyat Australia mempunyai keyakinan di dalam proses (siasatan) ini.”

Iklan

Enam lagi petugas yang terkorban adalah dari Poland, United Kingdom, Palestin dan seorang yang mempunyai dwikewarganegaraan Amerika Syarikat dan Kanada.

Satu laporan penyiasatan Israel yang dikeluarkan pada Jumaat berkata insiden itu merupakan"satu kegagalan yang serius”. Konvoi bantuan kemanusiaan itu diserang kerana disyaki ada dua anggota Hamas bersenjata dalam kenderaan.

Iklan

Tentera Israel tidak mengenali kenderaan sebagai dimiliki oleh organisasi bantuan kemanusiaan itu walaupun ia dengan jelas mempunyai tanda. Serangan itu merupakan pelanggaran serius arahan tentera dan prosedur standard operasi,” menurut laporan itu.

"Keputusan penyiasatan itu menunjukkan insiden itu tidak sepatutnya berlaku.

Tentera Israel melucutkan dua pegawainya daripada jawatan mereka berikutan insiden itu.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata maklumat yang diberikan Israel mengenai siasatan itu setakat ini tidak memuaskan hati pihaknya.

"Jadi, kami mengharapkan Binskin akan dapat mengusahakan sesuatu yang menyediakan lebih banyak maklumat,” Albanese memberitahu stesen penyiar negara ABC.

"Kami mahu pastikan kesemua bukti dijaga. Kami mahu pastikan jika penyiasatan itu mendapati pegawai tentera Israel itu bertindak tidak mengikut undang-undang, maka tindakan sewajarnya perlu diambil dan tindakan sedemikian perlu diketahui umum,” katanya. - Bernama-dpa

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28