Pemandu pelancong maut kepala ditimpa bongkah batu

Iklan
Lelaki maut ditimpa sebongkah batu ketika mengunjungi kawasan pelancongan di Ipoh. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin) Foto Ihsan pembaca

IPOH - Seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu seberat lima kilogram (kg) ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan dekat Gunung Rapat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kejadian itu diterima sekitar jam 11.30 pagi melibatkan lelaki warga tempatan berusia 44 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati mangsa sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh. Semasa berada di tempat kejadian, sebongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Iklan

"Punca kematian adalah kecederaan kepala akibat ditimpa batu. Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28