Tegur kesalahan dengan baik elak mudarat

Iklan
Setiap agama mengajar penganutnya menjadi manusia yang pemaaf dan tidak menggunakan sentimen kebencian antara kaum. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Fazrul)

SHAH ALAM - Kemuliaan seseorang individu itu bergantung kepada sifat takwa dan disusuli pertuturan yang baik apabila ingin menegur kesalahan orang lain.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF),Fazrul Ismail berkata, menjelang Aidilfitri, umat Islam mahu mencari takwa dan kemuliaan lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.

Iklan
Iklan

"Kalau niat untuk menegur kesilapan biar buat dengan betul kerana pada masa kini pelbagai isu yang dimainkan mampu menaikkan kemarahan sehingga membina api permusuhan antara agama,” katanya dalam reaksi kempen #MZB365 pada Isnin.

Tambahnya, setiap masyarakat perlu mendengar dan memahami antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang permusuhan.

Iklan

Sementara itu, Presiden Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM), Loh Pai Ling mengajak semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain bagi memupuk masyarakat pelbagai kaum yang lebih harmoni dan aman di negara ini walaupun berlainan agama.

Ujarnya, setiap agama mengajar penganutnya menjadi manusia yang pemaaf dan tidak menggunakan sentimen kebencian antara kaum.

Iklan

Menurutnya, terdapat tiga garis panduan yang mampu menjadi penawar kepada sifat kebencian iaitu mengatasi masalah ketamakan dan eksploitasi dengan membawa semangat kerjasama serta tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.

"Kita mesti menggantikan kebencian dan dendam dengan dasar kebaikan, toleransi dan pemaaf.

"Dunia adalah kesatuan yang saling bergantung antara satu sama lain dan ia terjalin daripada hasil tingkah laku baik mahupun buruk,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!