Abdul Latif 'resah' tanpa lemang, rendang daging

Iklan
Abdul Latif menyambut Syawal di kampung halaman di Padang Besar, Perlis. Foto Instagram Latif Romly

JAGUH lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly mengakui sukar untuk menjaga pantang daripada menikmati makanan kegemaran setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Anak kelahiran Paya Kelubi, Beseri, Padang Besar itu mendedahkan setiap kali Syawal dia tidak boleh melepaskan peluang untuk menjamah menu kesukaan iaitu lemang dan ketupat yang disulami dengan rendang daging.

Iklan
Iklan

Malah sambil berseloroh atlet berusia 26 tahun itu memberitahu, makanan tersebut dinikmati di rumah jiran ketika berkunjung ke kediaman mereka setiap kali lebaran.

"Makanan yang paling diminati lemang dan ketupat serta rendang daging. Saya tidak pandai masak, tapi pergi makan di rumah orang (jiran)," katanya.

Iklan

Abdul Latif pada Mei depan akan terbang ke Kobe, Jepun untuk menyertai Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 sebagai pentas terbesar sebelum menggalas cabaran negara pada Sukan Paralimpik Paris September depan.

Abdul Latif. Foto Instagram Latif Romly

Di sebalik keseronokan menikmati aneka juadah makanan sempena Syawal, pemenang pingat emas dalam dua temasya Sukan Paralimpik 2016 dan 2020 bagi acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) itu tetap ingat dengan pesanan jurulatihnya.

Iklan

"Jurulatih bagi cuti seminggu. Dia juga pesan jangan lupa buat latihan ringan seperti joging," katanya.

Menyentuh mengenai persiapan untuk ke Kobe, Abdul Latif menjelaskan persiapan berjalan lancar termasuk usahanya menjalani proses meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan menambah berat badan sebanyak dua kilogram (kg).

"Sejak tahun lepas berat badan turun akibat kecederaan dan proses pemulihan berjalan dengan baik. Fokus untuk satu badan termasuk tingkatkan otot," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!