Buah tangan Ernie Zakri sempena Aidilfitri

Iklan
Ernie memberitahu lagu HAHAHAHAHari Raya mempunyai nuansa lagu era 1950-an.

SEPERTI ramai penyanyi lain di Malaysia, bintang bersuara hebat Ernie Zakri tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Oleh itu, isteri kepada penyanyi Syamel itu tampil dengan buah tangan terbaharu, HAHAHAHAHari Raya.

Iklan
Iklan

Lagu tersebut merupakan ciptaan serta tulisan Ernie bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush dan Ajay Amai.

Berkongsi keistimewaan HAHAHAHAHari Raya, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, lagu tersebut mempunyai nuansa era 1950-an, seperti yang dipopularkan seniwati Puan Sri Saloma.

Iklan

"Di situ saya tambahkan melodi, khasnya di rangkap bridge kerana ingin menyerlahkan sedikit gaya baharu pada karya ini. Jadi, ada unsur moden juga dan tidaklah seperti lagu Saloma dari era 50-an sepenuhnya.

"Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu Raya saya sebelum ini,” ujarnya yang turut teruja kerana mendapat pengalaman baharu semasa proses rakaman.

Iklan

Tidak hanya sekadar lagu, Ernie turut meluangkan sedikit masa untuk menjalani rakaman video muzik baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, video muzik HAHAHAHAHari Raya turut menampilkan jenama tudung Ernie sendiri iaitu Ayuwan.

"Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tiga orang adik-beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua orang adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan sangat santai,” jelas ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Saat ditanya tentang harapan, Ernie hanya mahukan yang terbaik untuk lagu raya ini.

"Kalau boleh semua orang mahu lagu raya mereka menjadi malar segar dan berkekalan, namun yang paling penting, saya ingin lagu ini membuat pendengar tertawa dan gembira.

"Saya mahu mereka menikmatinya, sesuai dengan konsep lagu ini sebagai sebuah lagu musim perayaan Aidilfitri. Semoga para pendengar akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan berhari raya saat mendengar lagu ini,” ulasnya.

HAHAHAHAHari Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 22 Mac lalu, manakala muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!