Sudahlah berjam-jam dalam kereta, sampai kampung air pula tak ada

Iklan
AKSB memberi jaminan yang sambutan hari raya tanpa bekalan air di negeri ini tidak akan berlaku kerana mereka sudah menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim perayaan. Gambar hiasan Bernama

MERAK Jalanan simpati dengan nasib seorang sahabat yang terpaksa menempuh perjalanan selama 14 jam untuk pulang ke Kelantan bagi menyambut hari raya tahun ini.

Itu memang sudah jadi lumrah terutama bagi anak-anak Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur apabila berhadapan kesesakan teruk setiap kali musim perayaan.

Iklan
Iklan

Acara tahunan itu sebenarnya adalah satu bentuk kenikmatan yang tersendiri bagi golongan perantau kerana mereka sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Cuma yang tidak seronoknya ialah sahabat Merak Jalanan ini ialah tidak dapat mandi dan membersihkan diri sebaik sahaja tiba ke kampung halaman kerana ketiadaan air.

Iklan

Ini ditambah lagi dengan negara sekarang mengalami cuaca panas yang melebihi 34 darjah Celsius sehingga mencetuskan kemarau.

Namun semalam, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memberi jaminan yang sambutan hari raya tanpa bekalan air di negeri ini tidak akan berlaku kerana mereka sudah menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim perayaan.

Iklan

Malangnya janji tinggal janji dan belum pun orang di Kelantan meraikan Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta, mereka telah diuji dengan masalah ketiadaan air.

Bagaimanapun, kerajaan negeri sudah memberi jaminan bahawa isu air di Kelantan akan selesai dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Apa pun, Merak Jalanan simpati dan meminta semua anak-anak Kelantan untuk bersabar sehingga masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya.

Umum mengetahui pembangunan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang sedikit perlahan berbanding negeri-negeri lain, tapi sekurangnya ada usaha untuk atasi masalah tersebut.

Apa yang kita harapkan ialah janji tersebut mestilah ditunaikan demi masa depan dan kesejahteraan negeri Serambi Makkah itu.