Liverpool mahu jual Salah

Iklan
Salah hanya berbaki 12 bulan terakhir kontraknya di Anfield.

LIVERPOOL dilaporkan bersedia mendengar tawaran baharu dari pasukan Arab Saudi untuk pemain bintangnya, Mohamed Salah.

Bintang Mesir itu hanya berbaki 12 bulan terakhir kontraknya di Anfield dan telah banyak dikaitkan dengan kelab Liga Pro Saudi.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi subjek tawaran bernilai £150 juta (RM901 juta) pada musim panas lalu dengan Al Ittihad mahu mendapatkan Salah untuk meyakinkan Karim Benzema kekal di kelab itu.

Al Hilal juga dilaporkan berminat dengan Salah dan kontrak tiga tahun mungkin akan ditawarkan kepada pemain itu.

Iklan

Walaupun tidak dinyatakan berapa banyak bayaran yang akan diperolehi Salah, namun dia difahamkan bakal menjadi salah seorang pemain dengan pendapatan tertinggi di Liga Pro Saudi.

Salah juga berkemungkinan akan mendapat gaji seperti yang pernah dinikmati oleh Neymar di kelab itu iaitu sebanyak £138 juta.

Iklan

Bagaimanapun, keputusan menjual Salah itu mungkin bergantung kepada usaha Liverpool untuk mendapatkan pengurus baharu dengan Jurgen Klopp bersedia meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28