Kedah dalam bahaya

Iklan
Pemain Kedah giat menjalani latihan menjelang saingan liga.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkinan hanya 12 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Ia selepas status Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih menjadi tanda tanya kerana masih belum dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu musim lalu.

Iklan
Iklan

MFL dalam satu kenyataan ketika mengumumkan jadual saingan liga berkata, pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya First Instance Body (FIB) memutuskan hanya 12 pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super musim ini.

"Sekiranya badan bebas, FIB memutuskan hanya 12 kelab yang layak bertanding di dalam Liga Malaysia musim ini maka MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga Malaysia yang lengkap untuk semusim," kata kenyataan itu.

Iklan

FIB sebelum ini mengenakan hukuman pemotongan tiga mata saingan Liga Super 2024/25 dan denda RM50,000 terhadap KDA FC selepas gagal membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji 2023.

Malah, Lesen Kebangsaan Liga Super 2024/25, KDA FC juga boleh ditarik balik sekiranya gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji itu atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikan pembayaran pada 20 April ini.

Iklan

MFL juga mengesahkan KDA FC tidak boleh mendaftar pemain-pemain baharu dalam saingan Liga-M musim ini sehingga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menarik semula sekatan perpindahan pemain terhadap kelab itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28