Osman Ali tak mahu penonton salah faham

Iklan
image
PENGARAH terkenal, Osman Ali berasa berbangga apabila naskhahnya berjudul Teksi Love ditayangkan di dalam pesawat bagi penerbangan antarabangsa.

Menurut Osman, ceritanya itu disiarkan sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia.

"Semalam sempat tonton telemovie karya arahan saya bertajuk #teksilove Lakonan @mfmirafilzah & @fendybakry. Sebuah telemovie yang pertama kali mengangkat Fendy Bakri menjadi hero di kaca TV ini. "Macam mana boleh tersesat menjadi salah satu dari tiga buah FILEM Malaysia yang ditayangkan dalam international flight.

"Rasa bangga pun ada cuma mushkil juga agar yang menonton tidak salah faham, anggap ini adalah filem, namun ia nya hanya sebuah telemovie biasa, malah bukan pun Supertele Astro First," coretnya.

Dalam satu perkongsi terbaharunya, difahamkan Osman sedang mencari lokasi untuk tujuan penggambaran drama hit Isteri Bukan Untuk Disewa.