Trump terus buat perangai

Iklan
Trump sifatkan rundingan dengan Pelosi(kiri) dan Schumer (kanan) hanya membuang masa. - Foto ZeroHedge

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertindak keluar daripada mesyuarat dengan pemimpin Demokrat setelah tuntutannya berhubung dana pembinaan tembok sempadan AS - Mexico ditolak.

Presiden Republikan itu menyifatkan rundingan semalam sebagai membuang masa, apabila Speaker Senat, Nancy Pelosi dan Chuck Schumer tetap enggan meluluskan dana berjumlah AS$5 bilion (RM21bilion) bagi pembinaan tembok sempadan keluli.

Iklan
Iklan

Trump kemudian mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kedua-dua pemimpin itu menerusi laman Twitter.

Dalam pada itu, untuk pertama kalinya, kira-kira 800,000 pekerja persekutuan tidak akan menerima gaji minggu ini sejak penutupan sembilan agensi kerajaan pada 22 Disember lalu.

Iklan

Jutawan hartanah berkenaan berdegil meneruskan penutupan separa kerajaan melainkan Demokrat yang mengambil alih Dewan Senat bulan lalu setuju membiayai pembinaan tembok.

Terdahulu, Trump turut mengugut untuk mengisytiharkan 'darurat' berhubung krisis sempadan AS-Mexico dalam usaha melangkau kelulusan kongres dan meneruskan pembinaan tembok terbabit. - BBC

Iklan