Pemimpin politik jangan ekstrem, beri pandangan isu agama, kaum - Agong

Iklan
Sultan Ibrahim (tengah) pada Selasa berkenan menerima mengadap pimpinan kanan UMNO dan DAP di Istana Negara. Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.

Seri Paduka Baginda bertitah pemimpin daripada semua parti mesti menjadi jambatan atau penghubung antara masyarakat majmuk di Malaysia, dengan memberikan contoh perilaku yang matang.

Iklan
Iklan

"Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.

"Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Iklan

Dalam hantaran itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat, untuk mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.

Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap pimpinan kanan UMNO dan DAP di Istana Negara, yang tertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

Iklan

Pemimpin yang hadir pada sesi mengadap itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28