Limpahan cahaya memukau di Gua Neon

Iklan
Suasana indah dilimpahi cahaya lampu di Gua Neon.

GUA MUSANG - Bermula dengan lokasi yang hanya dikenali oleh kaki hiking, Gua Chiku 2 yang terletak tengah-tengah laluan menuju bandar Gua Musang kini menjadi tarikan ramai untuk merasai sendiri keunikan berada di gua yang dilimpahi cahaya lampu warna-warni.

Ratusan lampu neon yang memancar dan menerangi struktur batuan kapurnya menjadikan gua itu juga sebagai Gua Neon yang pertama di negeri Kelantan.

Iklan
Iklan
Mohd Syahbuddin (kiri) bergambar di dalam Gua Neon.

Mereka yang mengunjunginya sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar kenangan sambil menikmati ketenangan alam semula jadi.

Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Chiku 2, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, gua itu terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Chiku 2 dan kira-kira satu kilometer dari Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Iklan
Orang ramai berkunjung ke Gua Neon di Gua Musang.

Menurutnya, pengunjung yang ingin merasai pengalaman beriadah di dalam gua akan mengambil masa selama satu hingga satu jam setengah perjalanan untuk sampai ke puncaknya yang berketinggian 300 kaki.

"Menerokai keindahan gua berusia ratusan tahun itu sangat mengujakan kerana terdapat tujuh tingkat atau aras yang menyimpan pelbagai keunikan dan khazanah alam semula jadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.

Iklan
Gua Neon yang menjadi destinasi unik untuk dikunjungi.

Berkongsi pengalamannya, beliau berkata, memasuki pintu gua sahaja akan terus terpukau dengan struktur bentuk batu yang cantik, unik dan mempesonakan.

"Di aras pertama Gua Chiku 2 ini terdapat pelbagai binatang dan batu-batuan pelbagai bentuk selain anak sungai.

"Antaranya ialah batu yang menyerupai gajah, ikan, katak, ular, cicak, burung helang, buaya, orang tidur, mahkota, kasut, saji selain adanya air terjun tujuh tingkat,” katanya.

Gua Chiku 2 atau Gua Neon pertama di Kelantan.

Tambahnya, KAF sebelum ini melaksanakan inisiatif melalui peruntukan RM100,000 menaik taraf termasuk membersihkan, membina titian dan menghiasi gua itu dengan lampu neon sekali gus dapat menarik ramai penunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Batuan kapur yang disuluh lampu berwarna-warni.

"Kerja-kerja menaik taraf gua dilakukan hasil usahasama antara Kaf dan penduduk Felda 2 bermula pada tahun 2020 bertujuan menaikkan lagi pelancongan setempat.

Titian di dalam Gua Neon.

"Gua ini turut mendapat pengiktirafan sebagai Gua Neon pertama di Kelantan oleh Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) negeri dan menjadi destinasi pelancongan terbaharu di negeri ini,” katanya.

Pintu masuk di Gua Neon.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!