PM jamin Kelantan sentiasa dalam perhatian Persekutuan - MB

Iklan
Mohd Nassuruddin (dua, dari kanan) melayani tetamu yang menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024 di Kota Bharu pada Khamis.

PASIR MAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi jaminan bahawa Kelantan dalam perhatian kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Perdana Menteri bukan sahaja menjaga keperluan wang ihsan untuk negeri ini malah perkara lain yang diperlukan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, wang ihsan sebenarnya bertujuan meringankan sebahagian tanggungan kerajaan negeri untuk pembayaran gaji penjawat awam iaitu sebanyak RM33 juta sebulan secara keseluruhannya.

"Justeru wang itu dapat membantu mengurangkan beban kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024 di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah beliau, wang ihsan biasanya diberi sebanyak dua kali setahun iaitu pada April dan akhir tahun.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kelantan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang menyalurkan wang berkenaan berjumlah RM58.6 juta minggu lalu.

Iklan

Mohd Nassuruddin turut memberitahu, hubungan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan juga erat sejak dahulu dan mengakui semua perkara boleh dibincangkan bersama.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan negeri akan meminta rakyat meneruskan solat sunat istisqa jika kemarau berpanjangan.

"Apabila kemarau berpanjangan Rasulullah mengajar supaya kita menganjurkan solat istisqa bertujuan memohon kepada ALLAH SWT supaya diturunkan hujan.

"Alhamdulillah, beberapa hari lalu, doa kita semua dimakbulkan apabila seluruh negeri memohon kepada ALLAH SWT dan kita harap hujan akan turun dalam keadaan berkala dan tanaman boleh hidup subur, padi juga kembali segar," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28