Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam ciapan di Facebook memaklumkan pusat gempa itu terletak di 7.5 darjah utara dan 126.2 darjah timur dengan kedalaman 63 kilometer iaitu 60 kilometer timur dari Panabo, Filipina.

Iklan
Iklan

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut ciapan itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan
Iklan