SHAH ALAM - Seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syamsul Anuar Mahadon akan membuat laporan polis berhubung penularan kad keahliannya dalam parti tersebut yang dikaitkan dengan dakwaan pengambilan bahan terlarang tular di media sosial.
Pada masa sama Syamsul Anuar menafikan terlibat merakam dan menyebarkan gambar kad keahliannya itu bersama gambar penyedut minuman dan serbuk putih seakan-akan dadah seperti ditularkan semalam.