Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran

Iklan
Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah dekat Jalan Keretapi Lama, Batu 9, Shah Alam pada Selasa.

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah dekat Jalan Keretapi Lama, Batu 9 di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.26 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Sungai Pinang dan BBP Kota Raja bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C dan dianggarkan mengalami kemusnahan 90 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, anggota bomba kemudiannya menemukan mayat seorang lelaki di bawah timbunan kayu ketika pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi punca api dijalankan.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan rentung oleh anggota bomba bertugas pada jam 11.23 malam.

Iklan

"Semakan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 79 tahun," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28