Sarung kulit ular tedung senduk dalam 'aircond'

Iklan
Anggota bomba memeriksa pendingin hawa sebelum menemui sarung kulit ular tedung senduk. Foto bomba

SIK - Kemeriahan Aidilfitri sebuah keluarga sedikit ‘terganggu’ apabila sarung kulit ular ditemukan pada pendingin hawa rumah mereka di Kampung Kota Aur, dekat sini.

Bunyi kuat yang didengar dari dalam pendingin hawa menyebabkan seorang daripada ahli keluarga terbabit cemas dan menghubungi pasukan bomba untuk bantuan.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7 petang Rabu dan segera menghantar sepasukan tujuh anggota ke lokasi, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabry.

"Selepas memeriksa hampir 15 minit, pasukan operasi hanya menemui sarung kulit ular dalam pendingin hawa tersebut. Pemeriksaan menyeluruh dilakukan anggota bomba di segenap ruang rumah untuk mencari ular, tetapi reptilia itu sudah tiada,” katanya di sini pada Khamis.

Iklan

Zulkhairi berkata, selepas memeriksa hampir 15 minit, pasukan operasi mendapati hanya sarung kulit ular dalam pendingin hawa berkenaan.

"Berdasarkan sarung kulit ular berkenaan, dipercayai ular tedung senduk," katanya lagi.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan persekitaran susulan cuaca panas kerana reptilia berbisa itu akan berteduh di tempat lembab dan sejuk.

"Orang ramai perlu sentiasa jaga kebersihan kawasan rumah, peka dengan kawasan persekitaran ketika musim perayaan ini. Hubungi balai bomba berdekatan atau 999 jika ada sebarang kecemasan untuk bantuan," katanya.