Polis panggil Tamrin Ghafar minggu depan

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis memanggil anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Mohd Tamrin untuk dirakam keterangan berhubung catatan di blognya yang 'meramalkan' masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihak polis berkemungkinan akan merekodkan kenyataan Tamrin pada minggu depan.

Iklan
Iklan

"Tamrin masih belum menetapkan tarikh untuk merakam kenyataannya, mungkin minggu depan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, satu portal berita melaporkan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis berhubung siasatan membabitkan catatan pada 4 April itu.

Iklan

Beliau berkata, seorang pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu.

Iklan