Rumah Rafizi 'dipecah masuk' 10 suspek

Iklan
Kediaman rasmi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli 'dipecah' masuk 10 suspek sewaktu pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

SHAH ALAM - Kediaman rasmi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli 'dipecah masuk' 10 suspek sewaktu pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Rafizi menerusi satu hantaran berkata, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati setelah 'suspek' ditinggalkan selama beberapa hari.

Iklan
Iklan

"Pemilik sebuah rumah di sini dikejutkan dengan rumah yang pecah selepas pulang dari cuti beraya. 10 suspek (kucing) yang dikenal pasti didapati menggeledah kawasan dapur rumah dan melepaskan geram ke atas pokok bunga plastik di kabinet dapur.

Antara gambar yang dikongsi Rafizi.

"Beberapa suspek cuba melarikan diri ke tingkat atas rumah dan melarikan kelengkapan senaman tuan rumah, tetapi tidak berjaya. Suspek terakhir ditangkap semasa sedang bersembunyi di celah-celah pokok.

Iklan

"Motif dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati 10 suspek yang tidak dibawa pulang beraya di kampung," katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, netizen dalam ruangan komen turut terhibur dengan situasi berkenaan kerana teletah nakal kucing peliharaan Rafizi yang membuat sepah.

Iklan
Rafizi menerusi satu hantaran berkata, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati setelah 'suspek' ditinggalkan selama beberapa hari.

Pengguna @ShahiranHassan berkata, ia situasi biasa bagi mereka yang memelihara haiwanberkenaan sekiranya tidak dikurung ketika ditinggalkan tanpa pemantauan.

"Tinggal kucing tak berkurung habis la rumah... Mereka tak berak merata sebab dah (sudah) dididik. Mereka buat main habis rang (barang)... Tisu kotak pun habis dikoyakkan, bertabahlah," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!