8 orang awam terbunuh dalam serangan Israel di bandar Rafah

Iklan
Lapan orang awam terbunuh dalam pengeboman pendudukan di bahagian timur bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

GAZA - Lapan orang awam terbunuh dan yang lain cedera hari ini dalam pengeboman pendudukan di bahagian timur bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber perubatan, pesawat perang Israel menyasarkan sekumpulan orang awam di sekitar Tanah Perkuburan Timur di timur Rafah, membunuh lima orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Tiga orang awam juga terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Janina di timur bandar Rafah. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan