Baliklah raya di kampung, raikan bersama keluarga

Iklan
Mereka yang mempunyai ibu bapa, adik beradik dan saudara mara di kampung, amat digalakkan pulang beraya meraikan bersama mereka. Foto hiasan

SHAH ALAM - Individu yang memilih untuk beraya di luar negara berbanding di kampung halaman bersama ibu bapa, berisiko berhadapan situasi sama pada masa akan datang.

Ketua Pusat Undang-Undang Keluarga Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Profesor Madya Dr Nurhidayah Hashim berkata, anak-anak akan mengikuti contoh perbuatan yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perilaku berkenaan secara tidak langsung memaparkan tiada penghormatan kepada kedua ibu bapa dalam membuat kebaikan terhadap mereka.

Nurhidayah

"Sebagai seorang Muslim, kita perlu berbuat baik dan meraikan kedua ibu bapa. Perkara ini sudah disebut di dalam al-Quran, Surah Lukman ayat ke-14.

Iklan

"Bagaimanapun, jika kita tidak berbuat sedemikian (tidak balik beraya) maka, anak-anak akan memiliki tanggapan bahawa tidak pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan bukan satu isu yang besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai individu tidak pulang beraya kerana kematian ibu bapa, Nurhidayah berkata, perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan sebaliknya mereka perlu bersama-sama ahli keluarga lain dalam menyambut hari raya.

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara adik beradik serta saudara-mara selepas kematian ibu bapa merupakan satu cabaran besar.

Nurhidayah berkata, mereka yang mempunyai ibu bapa, adik beradik dan saudara mara di kampung, amat digalakkan untuk pulang beraya meraikan mereka.

"Pun begitu, situasi ini berbeza sekiranya mereka tidak pulang ke kampung disebabkan masalah kesihatan, rumah tangga, kewangan dan pekerjaan.

"Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan pulang ke kampung pada hari raya lebih besar berbanding bukan musim perayaan maka lebih baik mereka balik hari biasa (bukan musim perayaan).

"Jika ada wang, pulanglah ke kampung halaman untuk meraikan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang masih ada,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28