Mahu rasa pengalaman berlainan
Iklan
SHAH ALAM - Keinginan untuk merasai pengalaman beraya sebagai ‘anak perantauan’ menjadi sebab utama kebanyakan rakyat Malaysia yang memilih untuk menyambut hari raya di luar negara.
Suzkertimazura Md Zaman, 40, berkata, dia bersama rakan-rakan begitu teruja apabila kedutaan besar Malaysia di Paris memberi maklum balas terhadap e-mel yang dihantar mengenai permohonan mereka untuk menyambut hari raya bersama komuniti Malaysia di sana.