Tunku Azizah bawa tenaga pengajar Jabatan Penjara ke Laos

Iklan
Tunku Azizah (kanan) ketika melihat songket yang dihasilkan.

MARANG - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk membawa tenaga pengajar berkaitan songket dan tenunan di Jabatan Penjara Malaysia ke Asean Tekstil Simposium di Laos pada 2 hingga 6 November depan.

Tunku Azizah bertitah, usaha itu memberi lebih pendedahan dan ilmu berkaitan industri tekstil terhadap tenaga pengajar.

Iklan
Iklan

"Warden-warden nanti akan dibawa dan sememangnya saya akan bawa produk penjara (ke Asean Tekstil Simposium) sebab mahu tunjukkan pada dunia bahawa di Malaysia di mana dalam penjara mereka (banduan) ini diberi latihan yang merupakan sebahagian daripada program pemulihan.

"Pelbagai teknik diajar sebagai contoh hasilkan tekat, batik, tenun, buat tembaga dan perabot. Jadi kita nak tunjukkan bahawa telah ajar kepada banduan ini (teknik).

Iklan

"Apabila mereka keluar dari penjara nanti maka mereka sudah ada suatu kepakaran yang dipelajari... itu yang penting dan ia tidak sia-sia," katanya.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat galeri tenunan songket di Penjara Marang baru-baru ini.

Iklan

Kedatangan Tunku Azizah di Penjara Marang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama dua puteri Terengganu iaitu Tengku Puteri Utama, Tengku Dato' Seri Nadhirah Zahrah Sultan Zainal Abidin dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra.

Tunku Azizah (kiri) ketika ditemui pemberita baru-baru ini

Dalam pada itu, Tunku Azizah turut memuji kepakaran yang ditunjukkan di Penjara Marang apabila menghasilkan teknik songket dua wajah.

Baginda menzahirkan hasrat supaya penenun di Penjara Marang, Penjara Penor dan Penjara Bentong saling bertukar idea dan kepakaran dengan mempelajari pelbagai teknik termasuk Ikat Cuai, Ikat Tocang dan Ikat Paku.

"Ia bagi memastikan songket buatan tangan ini terus gah di persada dunia serta menjadi pilihan masyarakat," titahnya.