Syabu RM2.1 juta dalam bungkusan teh Cina dirampas

Iklan
Mohd Khalil (empat dari kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin (tiga dari kiri) menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar di IPK Selangor hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Polis Selangor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Selangor dengan menahan empat individu dalam satu serbuan di Petaling Jaya dekat sini pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dalam serbuan itu polis merampas 42kg dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam 40 bungkusan teh Cina dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Iklan
Iklan

"Serbuan dilakukan kira-kira 8.45 malam di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Dalam serbuan ini, empat suspek lelaki termasuk seorang warga asing berumur antara 28 hingga 39 tahun ditahan.

"Selain rampasan dadah, polis juga merampas dua kereta, wang tunai berjumlah RM127,725, dan 11 utas jam tangan bernilai RM31,000," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin di sini hari ini.

Sindiket pengedaran dadah jenis syabu dari negara jiran ditumpaskan polis dalam serbuan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Ahad lalu. - Foto Bernama

Iklan

Menurutnya, turut dirampas adalah mata wang asing bernilai 7,920 baht yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dalam serbuan itu sebanyak RM259,791.

"Ujian air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis syabu manakala seorang lagi yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan judi.

Iklan

"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif sejak lapan bulan lepas dan polis sedang menyiasat sama ada sindiket ini menyasarkan pasaran tempatan atau untuk diseludup ke luar negara," katanya.

Katanya, semua suspek direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Bernama