KUCHING - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi berkenaan.