Muda belum buat keputusan sertai PRK Kuala Kubu Baharu
Iklan
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi menentukan sama ada parti itu bakal meletakkan calon atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei depan.
Naib Presidennya, Siti Rahayu Baharin berkata, bagaimanapun kata putus untuk meletakkan calon masih belum dibuat oleh pucuk pimpinan parti.