Kali pertama beraya di rumah orang tua tanpa suami, anak

Iklan
Suasana di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.

PUCHONG -"Kalau mereka masih ingat emak masih ada dan hidup, mereka akan datang ambil saya dekat sini untuk raya bersama," demikian luahan seorang penghuni Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di sini yang dikenali sebagai Zaitun, 76.

Zaitun yang berasal dari Kuantan, Pahang tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila terpaksa berjauhan buat kali pertama dan beraya tanpa ahli keluarga serta lapan orang anaknya.

Iklan
Iklan

Malah, Zaitun berkata, sejak menjadi penghuni pusat jagaan orang tua itu pada penghujung 2023, dia menyimpan kerinduan mendalam terhadap anak-anaknya.

"Dahulu dia (anak) cakap mahu hantar saya duduk sini (rumah jagaan) supaya ada orang boleh tengokkan tetapi sehingga sekarang, tiada seorang pun yang hubungi bertanya khabar apatah lagi datang melawat.

Iklan

"Saya tidak salahkan mereka, mungkin kerana sibuk bekerja dan ada tanggungjawab untuk keluarga masing-masing sehingga tidak sempat datang (melawat).

"Tetapi jauh di sudut hati saya sedih kerana tidak dapat berpuasa dan raya bersama. Suami sudah meninggal dunia dan sekarang tinggal saya seorang saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi penghuni yang dikenali sebagai Fauziah, 76, turut menyuarakan kesedihannya kerana kali pertama merasai pengalaman beraya tanpa keluarga di sisi.

"Sejak kematian anak dan suami September lalu, saya selalu sakit menyebabkan adik-beradik saya yang lain buat keputusan hantar saya ke sini (rumah jagaan).

"Di sini ramai kawan dan banyak aktiviti, tetapi saya tidak dapat tipu diri sendiri kadang-kadang sunyi dan sedih,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28