'Bersatu perlu cari Ketua Penerangan lebih cerdik'
Iklan
PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disaran mencari tokoh lain yang lebih bijak dan celik undang-undang bagi menggantikan Datuk Razali Idris sebagai Ketua Penerangan parti.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kenyataan Razali bahawa keahlian enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang berpaling tadah menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tergugur secara automatik adalah tidak masuk akal.