WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat beliau menjangkakan Iran tidak akan berlengah untuk melakukan serangan ke atas Israel.
Biden berkata, beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Teheran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Iklan
Iklan
"Kami komited untuk mempertahankan Israel. Kami akan menyokong Israel. Kami akan membantu mempertahankan Israel dan Iran tidak akan berjaya,” katanya.
Apabila ditanya wartawan apakah mesej beliau kepada Teheran, Biden menjawab:"Jangan".
Memandangkan kemungkinan serangan tindak balas ke atas Israel, AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan menambah kehadiran tenteranya di Asia Barat.
Ancaman Iran terhadap Israel meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan Kedutaan Iran di Syria pada 1 April yang membunuh beberapa jeneral tentera. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28